Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali


Penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Safee Sali, telah tampil meluahkan rasa kecewa apabila permain sering disalahkan dengan kejatuhan ranking pasukan Harimau Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga merupakan permain pasukan JDT memuatnaik satu status bersama kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tungku Ismail yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sebelum ini yang mengatakan permain tempatan kurang berkualiti.

 Selin itu status Safee ini dilihat turut merujuk kepada skandal penyelewengan dalam kementerian itu yang bernilai RM107 juta.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu, sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” tulisnya.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini berkata Khairy adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli