Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bergaduh Nak Bantu Dua Gadis Terbabit Kemalangan

No Comment
RAWAT: Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua wanita berkenaan

KUCHING: Niat baik untuk membantu dua gadis yang mengalami kemalangan kecil mencetuskan pertengkaran antara dua kumpulan di sebuah pusat komersil baharu di Jalan Pending dalam kejadian yang berlaku awal pagi kelmarin.

The Borneo Post melaporkan, insiden berlaku selepas tengah malam apabila kedua-dua wanita yang berusia dalam 20-an mengalami kecederaan ringan selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas.

Dua kumpulan lelaki yang melepak berhampiran kemudian bergegas membantu kedua-dua wanita dan seorang dari mereka kemudian menghubungi ambulans.

Bagaimananapun, tindakannya dicemuh seorang pemuda kumpulan berlainan yang mendakwa hanya mahu berlagak di depan kedua-dua gadis terbabit.

“Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah seterusnya membawa kepada aksi lasak dan tolak-menolak sebelum kedua-dua kumpulan bertumbuk,” kata sumber The Borneo Post.

Keadaan tegang itu cuba dileraikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pusat komersil terbabit yang turut menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

Kehadiran beberapa anggota polis kemudian menamatkan pergaduhan serta merta selepas kedua-dua kumpulan itu lari dengan dengan motosikal masing-masing meninggalkan kawasan kejadian.

Kakitangan perubatan tiba sejurus kemudian dan merawat kedua-dua gadis yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli