Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Comel Ditemui di Bawah Pokok Kelapa Sawit



MIRI, 9 Apr: Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di sebuah kawasan kelapa sawit di sini tidak menyangka bunyi yang didengar olehnya merupakan tangisan seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak.

Setelah mencari, lelaki terbabit akhirnya mengesan tangisan itu datang dari sebuah kotak yang ditempatkan di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri pada kira-kira 1.30 tengahhari Sabut.

Selepas penemuan tersebut, lelaki berusia 32 tahun itu dengan segera membuat laporan polis.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata bayi tersebut dibungkus dengan kain sarung dan kain tuala.

Tiada kecederaan fizikal pada tubuhnya.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,"katanya sebagaimana lapor Bernama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli