Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Dayko, Anjing Yang Mati Ketika Bantu Kesan Mangsa Gempa Bumi di Ecuador

No Comment

Ecuador, 26 Apr - Seekor anjing penyelamat yang terlibat di dalam misi mencari dan menyelamat mangsa egmpa di Ecuador baru-baru ini mati akibat keletihan.

Metro.co.uk melaporkan, Anjing yang dikenali sebagai Dayko itu dikatakan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa gempa itu.

Anjing berusia 4 tahun itu menyertai misi menyelamat di Pedernales, salah satu tempat yang terjejas teruk akibat gempa itu.



Namun, Dayko tiba-tiba rebah ketika misi tersebut dan pihak penyelamat telah mengumumkan ia telah pun mati.

"Terima kasih Dayko untuk aksi yang berani di Pedernales dan lain-lain tempat dimana kamu memberikan servis, kamu mempunyai nama yang tinggi di dalam unit K9", tulis kumpulan penyelamat itu.


Kumpulan perubatan telah mencuba pelbagai usaha untuk menyelamatkan Dayko namun hampa.

Dayko ditugaskan untuk mencari mangsa gempa di celah-celah runtuhan di Pedernales dan hasil dari usaha kuatnya, ia berjaya menyelamatkan 7 mangsa.

Dayko dipercayai mati akibat cuaca panas, dehidrasi dan dedikasinya kepada kerja sehingga akhbar tempatan menyifatkan Dayko "Anjing yang memberikan hidupnya untuk kerja". - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli