Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Hendak Ambil Gambar Selfie, Pendaki Jatuh Dalam Gaung Di Bukit Kluang


BESUT: Seorang pendaki nyaris maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter gara-gara cuba mengambil gambar selfie di Bukit Kluang kira 12.45 tengahari hari tadi, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan telah mengalami patah pergelangan kaki dan cedera di beberapa bahagian badan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya telah menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira jam 1.05 petang dan mengerahkan seramai 16 anggota bomba ke tempat kejadian.

"Ketika kejadian berlaku, mangsa bersama lima ahli keluarga termasuk tunangnya sedang melakukan aktiviti merentas hutan sambil menikmati keindahan berasa di tebing puncak Bukit Keluang yang menghadap Laut China Selatan itu."

"Masa tiba di kaki bukit itu kita jam 10 pagi dari Kota Bharu dan terus mendaki bukit tersebut.

"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan  ingin merakam gambarnya sendiri (selfie) menghadap laut berhampiran  tebing di atas bukit itu," katanya.

Menurut Mustafa lagi, kaki mangsa telah tergelincir lalu jatuh ke lereng bukit curam itu namun tersangkut pada bahagian batu di situ.

Sebelum membuat panggilan kecemasan, tunang dan adik perempuan mangsa telah cuba turn ke bawah tebing untuk memberi bantuan namun gagal malah mereka juga terperangkap  di lereng itu.

"Dua orang yang cuba membantu itu iaitu kakak mangsa, 32, kepenatan sementara tunangnya, 20 mengalami calar- calar sahaja."

"Dalam operasi menyelamat pihak bomba telah dibantu kumpulan pendaki setempat untuk membawa naik mangsa ke atas  tebing menggunakan  pengusung dan tali sebelum mangsa  berjaya dibawa turun ke kaki bukit jam 5.45 petang." 

"Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan di bahagian kepala atau pendarahan teruk sebaliknya a mengalami patah pada  pergelangan kaki kiri selain luka," katanya lagi.

Mangsa dan adik perempuannya yang kepenatan dikejarkan ke Hospital  Besut untuk rawatan dengan dua buah ambilan yang telah sedia menunggu di situ sejak jam 1.15 petan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli