Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Penjenayah Mati Ditembak


JOHOR BAHRU, 7 Apr: Tiga orang penjenayah maut dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Permas Utara di sini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, kejadian jam 5.34 petang itu menyaksikan dua penjenayah mati dilokasi manakala seorang lagi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 25 tahun.

"Polis menerima maklumat bahawa sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan berlegar di sekitar Permas Jaya di sini, sebelum dua kenderaan polis mengekori mereka sejauh empat kilometer dari Jalan Permas 1 hingga Jalan Permas Utara.

"Tiba di Jalan Permas Utara di sini, penjenayah terbabit bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis membalas tembakan," katanya kepada pemberita ketika di temui di lokasi kejadian di sini, sebentar tadi.

Katanya, polis turut menemui dua pistol separuh automatik dalam kenderaan itu yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah di sini, pada akhir tahun lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli