Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Maut Dikelar Dan Ditikam Bertubi-Tubi Oleh Suami


Johor Bahru: Seorang kanak-kanak berumur 9 tahun terkejut apabila telah menjumpai mayat ibunya Noraini Abdul Rahim, 43, dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Jalan Mahsuri, Kampung Ulu Pandan, di sini, 2 petang semalam.

Wanita berkenaan dipercayai maut selepas dikelar dan ditikam bertubi-tubi oleh suaminya dan kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 pagi sebelum dijumpai anak mereka yang baru pulang dari sekolah jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung keadaan mangsa sebelum ke lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati terdapat luka akibat dikelar pada leher mangsa dan tikaman pada dada sebelah kiri bahagian hadapan serta beberapa tikaman di bahagian belakang.

"Kita percaya mangsa dikelar terlebih dahulu sebelum ditikam beberapa kali di bahagian badan," katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga suami mangsa berusia 35 tahun ditahan di Bandar Baru Uda di sini, kira-kira 3 petang semalam.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli