Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Hilang Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Berjaya Pukau Penonton Dalam Pertunjukkan Fesyen


LOS ANGELES: Seorang wanita yang tampil memperagakan pakaian dalam sebuah pertunjukkan fesyen telah berjaya menarik perhatian penonton dan pihak media di sini.

Karen Crespo, 32 yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangannya akibat Meningitis itu telah muncul di pentas fesyen New York Fashion Week sambil dilengkapi dengan dua tangan dan dua kaki palsu.

Selain tangan dan kakinya, hidung dan bibir Karen juga terpaksa dibuang kerana serangan penyakit berkenaan di mana bekas jururawat tersebut mula dijangkiti bakteria dan akhirnya disahkan menghidap Meningitis sebelum diletakkan dalam keadaan koma selama 15 hari.

Dalam tempoh terkena jangkitan itu anggota badannya yang dijangkiti Meningitis telah berubah menjadi kehitam-hitaman menyebabkan doktor terpaksa memotong kedua-dua belah tangan dan kedua-dua kakinya.

Beliau yang tidak berputus asa telah membelanjakan wang sebanyak AS$180,000 (RM722,259) untuk pembedahan dan membeli kaki dan tangan palsu.

"Saya jadi seperti patung perhiasan yang selalu didapati di kedai-kedai pakaian, walaupun pada mulanya saya amat sedih tetapi akhirnya saya mula menerima perubahan tersebut secara perlahan-lahan."

"Saya beruntung kerana insurans perubatan saya telah membayar segala kos untuk mendapatkan anggota badan palsu," jelas Karen lagi.

Karen memberitahu yang dia terpaksa untuk belajar kembali melakukan rutin seperti makan dan berjalan, beliau tetap bersyukur kerana tidak ramai pesakit Meningitis yang berjaya hidup sepertinya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli