Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video)Perlantikan Sebagai KFA Tidak Direstui, Ultras Kedah Tolak Perjumpaan Dengan Ahmad Bashah


Nampaknya perlantikan Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah sebagai Presiden KFA yang baru bukanlah mudah untuk diterima oleh majoriti penyokong bola sepak Kedah,

Ia dibuktikan apabila kelab penyokong pasukan Kedah atau dikenali sebagai Ultras Kedah melalui kenyataan media mereka telah membuat keputusan untuk tidak mahu berjumpa dengan presiden baru KFA buat masa ini.

Ini kerana pendirian mereka daripada sambutan penyokong pasukan bola sepak berkenaan yang diliaht dingin terhadapa Ahmad Bashah yang mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Kedah dengan cara yang salah.

Berikut adalah kenyataan penuh Ultras Kedah.


Kenyataan Media Ultras Kedah 2009.
Kenyataan Media.Bismillah. Assalamualaikum wbt.KENYATAAN RASMI UNTUK PRESIDEN BARU KFA1. Umum mengetahui Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kini telah memiliki Tuan Presiden yang baru, setelah pentadbiran negeri bertukar ganti dengan satu cara yang tidak direstui oleh majoriti rakyat.2. Mahu atau tidak, kami 'terpaksa untuk menerima walau hakikat cara itu ternyata jelas tidak disenangi oleh rakyat Kedah.3. Ini telah dibuktikan, apabila sambutan pertama yang diterima oleh Tuan Presiden ketika masih belum dalam lantikan rasmi, hadir untuk menyaksikan perlawanan di Stadium baru-baru ini, berakhir dengan sambutan yang telah memalukan beliau sendiri.4. Kami ingin memaklumkan, ketika itu di Stadium, bukan hanya kami yang ada, malah seluruh penyokong yang berbagai fahaman politik bersatu memenuhi stadium pada malam itu memberikan 'cara layanan' itu sebagai isyarat jelas, yang rakyat Kedah amat marah dengan CARA peralihan kuasa di negeri Kedah kita yang tercinta.5. Kami tidak berniat dan berminat untuk berpolitik, namun hakikat sistem kita di Malaysia terpaksa kita turutkan. Kami juga sebenarnya tidak punya masalah untuk menerima siapa saja yang menjadi MB & Tuan Presiden, asalkan mengikut CARA yang betul.6. Ekoran dari peristiwa memalukan itu, & setelah lantikan rasmi beliau selaku Tuan Presiden KFA yang sah, kami menerima panggilan dari pihak wakil Tuan Presiden yang baru agar dapat untuk berjumpa bersama kelab penyokong lain, bagi mencari jalan terbaik dalam berkerjasama demi bolasepak Kedah.7. Kami menghargai usaha itu, namun, kami MENOLAK sebarang perjumpaan buat masa ini.8. Ini bukan bermakna, kami telah dibayar atau diarahkan oleh pihak-pihak tertentu, namun pendirian ini adalah jelas dari kami sendiri & seperti yang telah penyokong zahirkan pada 'sambutan pertama yang lalu.9. Ada yang menyatakan kami pro kepada mantan Tuan Presiden terdahulu. Ya, itu memang benar & bukan pada era beliau saja, malah pada era mantan mb terdahulu seperti, Tuan Presiden Arwah Ustaz Azizan juga kami sokong, sehingga bolasepak terbiar, kami bangkit untuk protes. Era Mb Mukhriz hadir pula untuk membawa sinar baru, kami mulai sokong. Prinsip mudah yang benar kita sokong, yang salah kita tentang.10. Era mantan MB Mukhriz juga, kami juga bebas menyuarakan pandangan serta keras menolak apa yang tidak betul dalam pengurusan beliau.11. PRINSIP MUDAH KAMI ADALAH YANG BENAR DISOKONG YANG SALAH DISANGGAH.12. Cohtoh paling ketara adalah perjuangan kami dan seluruh penyokong dalam menentang kewujudan logo baharu persatuan yang mengambil mudah dengan hanya menggunakan teknik carian 'google copy and paste'. Bantahan itu sehingga ke hari ini masih kami perjuangkan. Dan andai Tuan Presiden kini boleh kembalikan, kami berterima kasih.13. Jelas disitu, walaupun kami menolak transformasi pada logo itu, namun secara profesional kami terus menyokong pasukan, kerana selebihnya apa yang telah dilakukan oleh Mantan Tuan Presiden KFA adalah yang terbaik pernah kami perolehi sejak era zaman double treble Kedah.14. Maksud yang terbaik pernah kami perolehi, adalah KEJAYAAN dan kelancaran pasukan Kedah semata-mata.15. Penyokong seperti kami dan lain-lain, sebenarnya tidak mahukan apa-apa seperti wang ringgit atau kepentingan lain. Tidak semua kita boleh dibeli. Apa yang kami mahukan adalah lebih kepada kejayaan pasukan yang kami sayangi.16. Kami juga tidak berhajat untuk menerima apa-apa keistimewaan dari pihak KFA kini, namun ingin membuat beberapa tuntutan hanya demi memastikan kebaikan untuk bolasepak Kedah amnya, antaranya,17. Terus mengekalkan struktur barisan pentadbiran & pengurusan yang ada kini dari peringkat akar umbi seperti peringkat belia, Skuad Presiden & pastinya Skuad Liga Super kini terus menjalankan tugas mereka seperti sediakala.18. Ini demi memastikan perancangan yang telah mereka lakukan terus melonjakkan lagi kejayaan untuk bolasepak Kedah, dengan ianya telahpun TERBUKTI dengan kejayaan pasukan musim lalu.19. Ini juga bagi memastikan pemain-pemain utama negeri ini terus berkeyakinan dalam menabur bakti untuk bermain dengan sepenuh hati demi negeri Kedah.20. Kami juga mendapat maklumat, andai berlaku perubahan dalam kepimpinan kini, beberapa tonggak utama pasukan seperti pemain tempatan & tonggak import bakal 'angkat kaki' untuk berhijrah ke pasukan lain.21. Jika ini semua terjadi, pastinya ia akan menambah masalah kepada pasukan, dan mendorong prestasi pasukan akan menjadi merudum.22. Jika berlaku, kami yakin bukan kami saja, seluruh penyokong Kedah akan terus bangkit menyuarakan kemarahan yang membara dan akan memberikan tekanan yang hebat lagi buat Tuan Presiden KFA yang baharu.23. Ini pastinya bakal menambahkan lagi beban & tekanan kepada Tuan Presiden, setelah kemarahan peralihan tampuk kepimpinan negeri masih belum reda.24. Jadi, kami menggesa dan memberi peringatan yang jelas agar jangan sesekali cuba merombak struktur yang telah tersedia kini atau bakal mencipta permasalahan yang baru dengan sebahagian besar kelab penyokong bolasepak di negeri Kedah ini.25. Ingat, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah.26. Tuntutan lain ialah, terus menjaga kebajikan pemain dan lain-lain dalam memastikan asas itu mampu terus menjana kejayaan untuk pasukan.27. Mengembalikan logo lama KFA terdahulu untuk kempen musim baru 2017.28. Mencari penaja-penaja yang terbaik untuk terus menjana kelancaran menguruskan pasukan.29. Mencegah tangan-tangan ghaib dalam mencampuri urusan bolasepak negeri dalam memastikan keharmonian yang telah dijalankan oleh mantan Tuan Presiden terdahulu terus ada kesinambungan yang baik.30. Ingat buat pihak yang punya impian & agenda lain, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah. Jadi jangan cuba untuk mempolitikkan hiburan kami ini dan jangan cuba untuk bermain dengan api.31. Akhirnya pesanan mudah kami, seperti tinta Bapa Pembagunanan Bolasepak Kedah, Arwah Dato Paduka Haji Ahmad Basri Akil, Berjuanglah Sejiwa Murni, Tekun Berani Sesungguh Hati, Demi Sukan Mengharum Negeri!#BerjuanglahSejiwaMurni#TekunBeraniSesungguhHati#SaveBolasepakKedah#KedahSerataRata●ULTRAS KEDAH 2009 OFFICIAL●Selasa / 29 Mac 2016 / 20 Jamadilakhir 1437H
Posted by Ultras Kedah 2009 - UK09 on Tuesday, March 29, 2016


Bismillah. Assalamualaikum wbt.

KENYATAAN RASMI UNTUK PRESIDEN BARU KFA

1. Umum mengetahui Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kini telah memiliki Tuan Presiden yang baru, setelah pentadbiran negeri bertukar ganti dengan satu cara yang tidak direstui oleh majoriti rakyat.

2. Mahu atau tidak, kami 'terpaksa untuk menerima walau hakikat cara itu ternyata jelas tidak disenangi oleh rakyat Kedah.

3. Ini telah dibuktikan, apabila sambutan pertama yang diterima oleh Tuan Presiden ketika masih belum dalam lantikan rasmi, hadir untuk menyaksikan perlawanan di Stadium baru-baru ini, berakhir dengan sambutan yang telah memalukan beliau sendiri.

4. Kami ingin memaklumkan, ketika itu di Stadium, bukan hanya kami yang ada, malah seluruh penyokong yang berbagai fahaman politik bersatu memenuhi stadium pada malam itu memberikan 'cara layanan' itu sebagai isyarat jelas, yang rakyat Kedah amat marah dengan CARA peralihan kuasa di negeri Kedah kita yang tercinta.

5. Kami tidak berniat dan berminat untuk berpolitik, namun hakikat sistem kita di Malaysia terpaksa kita turutkan. Kami juga sebenarnya tidak punya masalah untuk menerima siapa saja yang menjadi MB & Tuan Presiden, asalkan mengikut CARA yang betul.

6. Ekoran dari peristiwa memalukan itu, & setelah lantikan rasmi beliau selaku Tuan Presiden KFA yang sah, kami menerima panggilan dari pihak wakil Tuan Presiden yang baru agar dapat untuk berjumpa bersama kelab penyokong lain, bagi mencari jalan terbaik dalam berkerjasama demi bolasepak Kedah.

7. Kami menghargai usaha itu, namun, kami MENOLAK sebarang perjumpaan buat masa ini.

8. Ini bukan bermakna, kami telah dibayar atau diarahkan oleh pihak-pihak tertentu, namun pendirian ini adalah jelas dari kami sendiri & seperti yang telah penyokong zahirkan pada 'sambutan pertama yang lalu.

9. Ada yang menyatakan kami pro kepada mantan Tuan Presiden terdahulu. Ya, itu memang benar & bukan pada era beliau saja, malah pada era mantan mb terdahulu seperti, Tuan Presiden Arwah Ustaz Azizan juga kami sokong, sehingga bolasepak terbiar, kami bangkit untuk protes. Era Mb Mukhriz hadir pula untuk membawa sinar baru, kami mulai sokong. Prinsip mudah yang benar kita sokong, yang salah kita tentang.

10. Era mantan MB Mukhriz juga, kami juga bebas menyuarakan pandangan serta keras menolak apa yang tidak betul dalam pengurusan beliau.

11. PRINSIP MUDAH KAMI ADALAH YANG BENAR DISOKONG YANG SALAH DISANGGAH.

12. Cohtoh paling ketara adalah perjuangan kami dan seluruh penyokong dalam menentang kewujudan logo baharu persatuan yang mengambil mudah dengan hanya menggunakan teknik carian 'google copy and paste'. Bantahan itu sehingga ke hari ini masih kami perjuangkan. Dan andai Tuan Presiden kini boleh kembalikan, kami berterima kasih.

13. Jelas disitu, walaupun kami menolak transformasi pada logo itu, namun secara profesional kami terus menyokong pasukan, kerana selebihnya apa yang telah dilakukan oleh Mantan Tuan Presiden KFA adalah yang terbaik pernah kami perolehi sejak era zaman double treble Kedah.

14. Maksud yang terbaik pernah kami perolehi, adalah KEJAYAAN dan kelancaran pasukan Kedah semata-mata.

15. Penyokong seperti kami dan lain-lain, sebenarnya tidak mahukan apa-apa seperti wang ringgit atau kepentingan lain. Tidak semua kita boleh dibeli. Apa yang kami mahukan adalah lebih kepada kejayaan pasukan yang kami sayangi.

16. Kami juga tidak berhajat untuk menerima apa-apa keistimewaan dari pihak KFA kini, namun ingin membuat beberapa tuntutan hanya demi memastikan kebaikan untuk bolasepak Kedah amnya, antaranya,

17. Terus mengekalkan struktur barisan pentadbiran & pengurusan yang ada kini dari peringkat akar umbi seperti peringkat belia, Skuad Presiden & pastinya Skuad Liga Super kini terus menjalankan tugas mereka seperti sediakala.

18. Ini demi memastikan perancangan yang telah mereka lakukan terus melonjakkan lagi kejayaan untuk bolasepak Kedah, dengan ianya telahpun TERBUKTI dengan kejayaan pasukan musim lalu.

19. Ini juga bagi memastikan pemain-pemain utama negeri ini terus berkeyakinan dalam menabur bakti untuk bermain dengan sepenuh hati demi negeri Kedah.

20. Kami juga mendapat maklumat, andai berlaku perubahan dalam kepimpinan kini, beberapa tonggak utama pasukan seperti pemain tempatan & tonggak import bakal 'angkat kaki' untuk berhijrah ke pasukan lain.

21. Jika ini semua terjadi, pastinya ia akan menambah masalah kepada pasukan, dan mendorong prestasi pasukan akan menjadi merudum.

22. Jika berlaku, kami yakin bukan kami saja, seluruh penyokong Kedah akan terus bangkit menyuarakan kemarahan yang membara dan akan memberikan tekanan yang hebat lagi buat Tuan Presiden KFA yang baharu.

23. Ini pastinya bakal menambahkan lagi beban & tekanan kepada Tuan Presiden, setelah kemarahan peralihan tampuk kepimpinan negeri masih belum reda.

24. Jadi, kami menggesa dan memberi peringatan yang jelas agar jangan sesekali cuba merombak struktur yang telah tersedia kini atau bakal mencipta permasalahan yang baru dengan sebahagian besar kelab penyokong bolasepak di negeri Kedah ini.

25. Ingat, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah.

26. Tuntutan lain ialah, terus menjaga kebajikan pemain dan lain-lain dalam memastikan asas itu mampu terus menjana kejayaan untuk pasukan.

27. Mengembalikan logo lama KFA terdahulu untuk kempen musim baru 2017.

28. Mencari penaja-penaja yang terbaik untuk terus menjana kelancaran menguruskan pasukan.

29. Mencegah tangan-tangan ghaib dalam mencampuri urusan bolasepak negeri dalam memastikan keharmonian yang telah dijalankan oleh mantan Tuan Presiden terdahulu terus ada kesinambungan yang baik.

30. Ingat buat pihak yang punya impian & agenda lain, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah. Jadi jangan cuba untuk mempolitikkan hiburan kami ini dan jangan cuba untuk bermain dengan api.

31. Akhirnya pesanan mudah kami, seperti tinta Bapa Pembagunanan Bolasepak Kedah, Arwah Dato Paduka Haji Ahmad Basri Akil, Berjuanglah Sejiwa Murni, Tekun Berani Sesungguh Hati, Demi Sukan Mengharum Negeri!

‪#‎BerjuanglahSejiwaMurni‬
‪#‎TekunBeraniSesungguhHati‬
‪#‎SaveBolasepakKedah‬
‪#‎KedahSerataRata‬

●ULTRAS KEDAH 2009 OFFICIAL
●Selasa / 29 Mac 2016 / 20 Jamadilakhir 1437H

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli