Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Raja Bomoh & Tembikai : Ini Pesanan Dr. Maza Kepada Bukan Islam


21 Mac - Baru-baru ini, satu video terbaharu dari Raja Bomoh menjadi viral di media sosial.

Video yang memaparkan Raja Bomoh dan buah tembikai itu mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah Dr. Maza atau Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengkritik video terbabit.

Menerusi Facebooknya Dr. Maza memberi nasihat kepada mereka yang bukan Islam supaya tidak mengaitkan perbuatan Raja Bomoh ini dengan agama Islam.

"Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam.

"Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. 

"Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini.

Selain itu, Dr. Maza juga turut menegaskan bahawa buah bukannya untuk dibazirkan.

"Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.", kata beliau. - Siakapkeli.my


Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.
Posted by DrMAZA.com on Monday, 21 March 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. Baca yassin pown berterabur. Sebutan entah apa2

    BalasPadam
  2. Tak guna punya "suaraTV" dia saja nak siarkan berita pasal orang tak guna ni. Tak pasal2 dia dapat publisiti, dan kita yang terjebak dengan cerita ni pula kehilangan beberapa markah IQ sebab tengok benda bodoh ni.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli