Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower, Hamidah Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu


Kuala Lumpur: "Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Zaman Khan dan pegawai serta anggota bomba yang menyelamatkan kami," itulah luahan 'bayi ajaib' yang berjaya diselamatkan dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993 lalu.

Nur Hamidah Nadjib, 24, yang ditemani ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, ke Sri Pentas dilihat tidak dapat mengawal emosi apabila ditemukan dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pagi tadi.

Umi dan Hamidah telah berjaya diselamatkan selepas 3 jam terperangkap dalam tuntuhan berkenaan di mana ketika itu Hamidah masih bayi.

"Hanya ucapan terima kasih dan doa supaya semua mereka diberkati Allah SWT mampu diucapkan atas kebaikan mereka," katanya dipetik laporan Harian Metro.

BACA: Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

BACA: Tragedi Highland Tower 1993 : Adakah Ini Adik Nur Hamidah Yang Dicari Oleh Pegawai Bomba Selama ini?

BACA: Nur Hamidah Cerita Detik Cemas Semasa Runtuhan yang Diceritakan Oleh Ibunya

Suasana Sri Pentas yang mulanya agak meriah bertukar menjadi sebak dan pilu apabila buat pertama kali selepas 23 tahun dua beranak itu dipertemukan dengan pihak yang menyelamatkan mereka.

Menurut Umi Rasyidah, mereka pernah cuba untuk mengesan wira-wira yang menyelamatkan mereka ini namun gagal sehinggalah mereka bertemu hari ini.

Pertemuan penuh emosi itu telah disiarkan secara langsung oleh TV9 pada jam 12 tengah hari tadi.

Selepas ini, Hamidah dan Umi dijadualkan akan bertemu dengan anggota dan pegawai bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang terbabit dalam operasi menyelamat 23 tahun lalu itu.


Sementara itu, Zaman berkata, dia bersyukur dan gembira dengan pertemuan berkenaan.

"Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi..kini baru diizinkan Allah.

"Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara tidak langsung dalam tragedi 23 tahun lalu itu," katanya. - Siakapkeli.my



Berikut adalah sedutan penuh pertemuan antara bayi Highland Towers, Nur Hamidah Mohd Nadjib dan ibunya, Umi Rosyidah Khoiruman bersama penyelamat mereka, Tan Sri Zaman Khan.#OPPOF1 #OPPOMalaysia
Posted by Buletin TV3 on Sunday, March 27, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli