Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Jenazah Empat Sekeluarga Yang Ditemui Rentung Bawah Treler Selamat Dikebumikan



Kuala Nerus: Jenazah empat sekeluarga yang ditemui rentung terbakar di bawah treler dalam sebuah kemalangan di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Perak semalam telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Hajar Kampung Gong Awang Lib, di sini, pada 8.30 pagi ini.

Jenazah Rosmani Abd Ghani, 65; anaknya, Azhar Abdul Rahim, 44; dan dua cucunya, Aizat Azhar, 18, dan Daniel Azhar, 13, yang tiba di perkarangan rumah mereka di Kampung Wakaf Tengah dari Ipoh kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Jenazah empat beranak ini kemudiannya telah disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot, pada 6.30 pagi di mana lebih 200 orang hadir.

Jenazah empat sekeluarga itu ditemui di bawah treler, di Kilometer 265.4 lebuh raya PLUS, dekat Jelapang, Ipoh, kira-kira 1 pagi semalam.

Dalam kejadian kemalangan itu, pihak pasukan penyelamat pada awalnya menyangka kemalangan berkenaan hanya melibatkan sebuah treler sahaja tetapi tidak disangka mereka telah menemui kereta dengan empat mayat di dalamnya di bawah treler selepas itu.

Turut hadir dalam pengebumian ini Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani yang merupakan adik kepada Rosmani. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli