Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Dashcam" Rakam Detik Cemas Kanak-Kanak 2 Tahun Terjatuh Dari Van

No Comment

China - Satu video yang merakamkan detik cemas seorang kanak-kanak dua tahun terjatuh dari sebuah van yang dipandu di atas jalan raya di kawasan Jiangsu di sini menjadi viral di media sosial.

Video yang berdurasi dua minit itu memaparkan kanak-kanak tersebut jatuh secara tiba-tiba dari van yang dipandu oleh datuknya.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini biarpun jalan raya terbabit sibuk.

Seorang pemandu yang prihatin kemudian mengejar van terbabit untuk memberi semula kanak-kanak tersebut kepada datuknya.

Datuk kepada kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Yang Defu kemudian dilihat berlari-lari ke arah cucunya sebelum mengambil dari pemandu terbabit.

Saya sedang menunggu di persimpangan lampu merah.

Selepas melepasi tempat itu, sebuah kereta mengejar saya sambil membunyikan hon," kata Yang tersebut sebagaimana lapor Astro Awani.

"Pemandu itu memberitahu saya bahawa seorang kanak-kanak terjatuh dari van saya.
“Saya menoleh ke belakang, dan melihat cucu saya tiada dalam van, saya kemudian berlari mencarinya,” sambungnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli