Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekolah Tutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celcius Melebihi 3 Hari


PUTRAJAYA, 18 Mac - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan berikutan cuaca panas yang melanda negara hari ini mengeluarkan garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menanangi gelombang haba merangkumi tiga peringkat amaran yang berkuat kuasa serta merta.

Menurut pengerusi jawatankuasa khas itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, garis panduan itu melibatkan semua pihak berkaitan termasuk tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di sesuatu kawasan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam, iaitu dalam amaran peringkat kedua.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata 'Kecemasan Gelombang Haba' pula akan diisytihar di sesuatu kawasan jika suhu meningkat melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih tujuh hari.

"Bagaimanapun, pelan tindakan bagi menghadapi situasi buruk seperti itu akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal melibatkan semua kementerian dan agensi terlibat pada Isnin depan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu beliau juga berkata, pada amaran peringkat pertama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengeluarkan amaran gelombang haba jika suhu sesuatu kawasan itu melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam.

"Kementerian Pendidikan seterusnya boleh mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum, perhimpunan, perkhemahan dan sebagainya," katanya.

Wan Junaidi berkata pada peringkat itu, nasihat akan turut dikeluarkan kepada orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak, menghentikan segala aktiviti sukan di tempat terbuka, nasihat keselamatan pekerja dan nasihat berkaitan masalah strok haba.

Beliau berkata, amaran peringkat kedua pula dikeluarkan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan yang merangkumi arahan penutupan sekolah.

"Pada peringkat ini, jawatankuasa khas akan bermesyurat untuk bincang tindakan kecemasan) bagi menangani cuaca panas melampau yang berpanjangan dan impak kepada pelbagai sektor," katanya.

Wan Junaidi juga berkata ramalan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun.

Secara ringkasnya, ini garis panduan yang diberikan :
  • Peringkat 1 : Suhu melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam
    • Arahan menghentikan aktiviti luar akan dikeluarkan
  • Peringkat 2 : Suhu melebihi 37 darjah celcius melebihi 72 jam
    • Arahan untuk penutupan sekolah
  • Kecemasan Gelombang Haba : Suhu melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih 7 hari
    • 'Kecemasan Gelombang Haba' akan diistiharkan di kawasan tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli