Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tujuh Maut Kemalangan Babitkan Lori & Van



JOHOR BAHRU, 26 Mac: Tujuh maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan van kilang di Jalan Seelong berhampiran dengan Kampung Seelong Jaya di Senai dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi.

Enam mangsa,  termasuk tiga wanita maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Kulai.

Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan.

Portal Astro Awani melaporkan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra, Norarasyil Azim Norahmat berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.

Sebuah jentera dengan tiga anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

"Jentera sampai ke lokasi kira kira 6.54 pagi. Terdapat enam mangsa yang meninggal dunia manakala tiga yang cedera dihantar ke hospital berdekatan,” kata beliau.

Siasatan masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli