Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Terkini : Pesawat EgyptAir Dirampas, 56 Penumpang & 7 Krew Atas Pesawat



Sebuah pesawat EgyptAir penerbangan MS181 telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Alexandria ke Cairo.

Baca : Perampas Pesawat EgyptAir Mahu Jumpa Bekas Isteri

Laporan Bloomberg berkata, pesawat itu kini telah mendarat di lapangan terbang Larnaka, Cyprus.

Kejadian disahkan oleh syarikat penerbangan tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menurut sumber kerajaan Mesir, pesawat itu dirampas oleh sekurang-kurannya seorang lelaki bersenjata.

Kenyataan media dari EgyptAir sendiri menyatakan terdapat 56 penumpang, 7 krew dan juga seorang anggota keselamatan EgyptAir di atas pesawat itu.

Sementara itu laporan dari FoxNews pula melaporkan, pegawai kerajaan Cyprus berkata terdapat lebih dari seorang perampas. Menurut pegawai itu juga, setakat ini belum ada  tuntuan dari perampas itu selain dari mahu kenderaan polis beredar dari kawasan pesawat itu mendarat. - Siakapkeli.my

[Kemaskini]



3:37 pm :
Skynews memuat naik video penumpang-penumpang dilepaskan



3:24 pm :
EgyptAir mengeluarkan kenyataan kesemua penumpang diatas pesawat dibebaskan kecuali krew dan 4 warga asing.


التصريح الصحفي 2القاهرة 29 مارس 201609:00المفاوضات مع المختطف تسفر عن الإفراج عن جميع ركاب الطائرة فيما عدا طاقم الطائرة وأربعة أجانب.
Posted by EGYPTAIR on Tuesday, 29 March 2016


3:18 pm :
EgyptAir mengeluarkan kenyataan berikutan kejadian



3:11 pm :

Laporan dari Dailymail menyatakan, perampas mengugut untuk meletupkan bom.



3:09 pm : 

Skynews melaporkan 20 penumpang dibenarkan keluar.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli