Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terdapat Cubaan Menculik Perdana Menteri - Zahid


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam dewan rakyat hari ini mendedahkan bahawa terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Menurut beliau yang juga merupakan Menteri Kementerian Dalam Negeri, kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran.

"Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

"Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. ontah apo menteri tu berangan gamak nak elak pertuduhan . . alaaaa dah buat taik tu selamber je la mengaku .

    BalasPadam
  2. knapola xmenjadi perancangan tu,,kok jadi kang maun sket

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli