Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Temui 4 Mayat Termasuk Kakak Ketua Polis Pahang Rentung Dalam Kereta Selepas Alih Treler


Ipoh, 4 Mac : Kemalangan yang membabitkan treler pada 1 pagi semalam di Lebuhraya PLUS arah Jelapang di sini disangkakan tidak membabitkan kenderaan lain.

Namun sangkaan itu meleset apabila pada jam 11 pagi selepas treler itu dialihkan terdapat sebuah kereta dibawahnya dengan empat mayat rentung di dalam kereta terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, pegawai penyiasatnya tidak menemui sebarang kesan kenderaan lain dalam kemalangan yang membabitkan treler berkenaan sebelum menerima laporan penemuan tersebut.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang terlibat adalah jenis Honda Accord yang rentung keseluruhan. Nombor pendaftaran sedang dikenal pasti.

"Kesemua mayat berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti serta jantina," katanya.

Chang berkata lagi, semakan juga mendapati terdapat satu laporan mengenai kehilangan sebuah keluarga yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Kita sedang semak laporan di Terengganu mengenai satu keluarga yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur sebelum ke Terengganu tetapi tidak tiba ke destinasinya.

"Kita sedang buat siasatan dan keterangan lanjut akan diambil daripada pemandu treler berusia 35 tahun dan kelindannya berusia 29 tahun yang cedera dalam kemalangan itu," katanya.

Memetik laporan Berita Harian Online, empat sekeluarga rentung dilanggar treler di sini awal pagi semalam, membabitkan kakaknya, seorang anak saudara dan dua cucu ketua polis Pahang. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani. — Siakapkeli.my







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli