Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tempah iPhone 6s, Tapi 'Padlock' Yang Sampai



Seorang pengguna Facebook, Alans Ng, telah memuat naik beberapa keping gambar pada Sabtu lalu yang menunjukkan dia menerima kotak iPhone 6s yang ditempah olehnya secara online namun terkejut apabila kotak itu hanya berisi mangga.

Alans Ng berkata dia membuat tempahan pada minggu lepas dan telah pun membuat bayaran penuh kepada laman e-commerce yang berkaitan.

Bagaimanapun, Ng tidak menyalahkan kurier, penjual atas talian mahupun laman e-commerce yang menjual produk tersebut. Menurutnya satu-satunya pihak yang bertanggungjawab atas perkara ini adalah pihak pembekal.

Maknanya perkhidmatan kurier tidak buat apa-apa. Satu-satunya pihak yang bertanggungjawab mengubah produk ini ialah pembekal, kerana pelekat pembekal berada di atas kotak namun terlindung di bawah pembalut,” jelasnya di dalam status itu.

Tambah Ng, tidak logik bagi peniaga atas talian melakukan penipuan sebegini rupa kerana wang yang dibayar olehnya masih lagi akan dipegang oleh laman e-commerce tersebut.

Ng turut mengemaskini status terbabit dengan berkata pihak peniaga online tersebut telah pun menghubungi beliau bagi mendapatkan telefon yang telah ditempah. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli