Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Taraf Pendidikan Rendah Salah Satu Punca Tekanan Kos Sara Hidup - Najib


KUALA LUMPUR: Tahap kelulusan pendidikan adalah salah satu punca utama terjadnya tekanan kos sara hidup yang di lalaui oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Astro Awani.

Menurut Perdana Menteri, tahap kelulusan pendidikan yang rendah ini telah menyebabkan golongan tersebut susah untuk mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan untuk mengharungi kos kehidupan semasa.

"Kalau setakat ada SPM sahaja, tiada diploma, sarjana dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapatkan pekerjaan yang beri pendapatan yang baik.

"Kita perlu tingkatkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang ada kelulusan tambahan,  pendidikan peringkat sekolah selama 11 tahun tidak memadai untuk mendapat kehidupan selesa sekiranya tidak memikirkan sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup."

"Jadi, sekiranya lebih ramai rakyat memiliki kelulusan tinggi atau menjadi usahawan, ia pada masa sama turut dapat membantu kepesatan negara," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan tambahan daripada Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), yang ingin tahu sama ada penilaian kos sara hidup di Malaysia disandar dengan standard kehidupan yang bersesuaian.

Kerana itu, beliau menyeru supaya rakyat menanamkan dalam minda mereka untuk terus mencari dan mendapatkan kelulusan serta kemahiran yang lebih tinggi.

Kerana itu, Najib memberitahu kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM400 juta pada tahun lepas kepada kerajaan negeri Kelantan, antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli