Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suami Isteri Terkejut Al Quran Yang Ditemui Tumbuh Pohon Anggerik Di Atasnya


SIMEULUE: Sepasang suami isteri Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang berasal dari Desa Lasengaluh, Indonesia terkejut apabila menjumpai sebuah kitab Al Quran yang ditumbuhi pokok aggrerik atasnya.

Pokok anggerik yang tumbuh setinggi 10 sentimeter dengan 11 helai daun itu dijumpai oleh pasangan ini di parit berhampiran dengan rumah mereka tiga bulan lalu di man pokok berkenaan tumbuh betul-betul atas ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 al-Quran.

Kata Samsidar, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.

“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.


Samsidar berhasrat memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.

“Bagaimanapun baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli