Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Staf DEFTECH Maut Dihempap Kereta Perisai



Pekan, 10 Mac -  Seorang pekerja DRB-HICOM Defence Tenchnologies Sdn Bhd (DEFTECH) maut setelah dihempap oleh kereta perisai di kilang terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahhari tadi.

Laporan dari Harian Metro berkata, mangsa Abdul Razak Jabbar, 45, sedang menagjar seorang pelatih mengendalikan kenderaan terbabit ketika kejadian.

Bagaimanapun, kereta perisai yang dinaiki mereka itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbalik menghempap mangsa.

Mangsa yang parah dikepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pelatih tersebut mengalami cedera ringan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli