Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setiausaha Bahagian Kementerian Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah RM20 Juta


PUTRAJAYA, 19 Mac: Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan semalam berkaitan dengan rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 juta.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, pegawai itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, seramai sembilan anggota sindiket ditangkap yang mana terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.

Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan di kementerian berkenaan berjawatan Setiausaha Bahagian dan merupakan ‘master mind’ dalam sindiket ini dan lapan lagi itu merupakan kontraktor yang terlibat.

Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu,” katanya sebagaimana lapor FMT.

Tambah Azam lagi, mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 56 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang.

Azam juga berkata, SPRM telah menjalan siasatan kegiatan sindiket ini sejak 2010 lagi dan dianggarkan pegawai kanan itu menerima suapan mencecah RM20 juta.

Pegawai kanan ini telah menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insuran, unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit dan pengubahsuaian rumah.

Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satunya daripada mencecah harga tidak kurang daripada RM400,000, barang-barang kemas bernilai RM600,000, ‘Beddings’ bernilai RM300,000, lukisan bernilai lebih RM60,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama berharga RM400,000 dan pakaian-pakaian berjenama.

Selain itu dia sering ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan ‘First Class’ setiap seorang,” katanya.

Antara barangan yang disita

Azam berkata pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan juga kesalah penggubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Siasatan juga tertumpu kepada bagaimana beliau hidup terlalu mewah. Siasatan akan memanggil saksi-saksi terutamanya daripada kementerian terbabit.

SPRM akan melihat sistem dan prosedur kementerian yang menyebabkan berlakunya ketirisan dana sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli