Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sempat Senyum kepada CCTV Sebelum Larikan RM30,000


KOTA BHARU, 12 Mac - Seorang penjenayah sempat lagi tersenyum sebelum merosakkan kamera CCTV dan melarikan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM30,000 di sebuah gedung pakaian di Wisma Sri Setia Jalan Dusun Muda pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu, rakaman CCTV yang berdurasi lebih sejam itu sempat merakaman perbuatan suspek memasuki kedai tersebut sebanyak dua kali seorang diri.

Awal video menunjukkan suspek memasuki kedai berkenaan dan mengambil wang derma tabung sebuah madrasah yang dianggarkan lebih RM100 ke dalam poket seluarnya sebelum beredar.

Kemudian suspek dilihat memasuki semula kedai itu dan melarikan peti besi yang mengandungi wang tunai yang dianggarkan bernilai RM30,000 sebelum memotong wayar CCTV dan melarikan diri.

Pemilik gedung tersebut, Muhamad Zulkifli Said berkata kejadian itu disedari oleh salah seorang pekerjanya ketika ingin memulakan operasi perniagaan kira-kira jam 9 pagi.

Menurut Zulkifli pekerja yang tiba di kedai itu terkejut melihat pintu kayu di bahagian belakang kedai telah diumpil selain kunci magga pintu dirosakkan.

"Saya kemudian mendapati meja kaunter wang berselerak selain peti besi wang perniagaan sebanyak RM30,000 telah tiada.

"Ini merupakan kali pertama cawangan ketiga gedung pakaian ini dipecahkan masuk selama tiga tahun beroperasi yang mengakibatkan kerugian besar," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Pihaknya kini masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli