Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Selamat Malam Malaysia" - Mesej Terakhir dari The Malaysian Insider



15 Mac - "Selamat malam Malaysia"

Itu mesej terakhir menerusi Twitter sebelum portal berita The Malaysian Insider melabuhkan tirai buat selama-lamanya.

Portal The Malaysian Insider dimulakan pada 25 Februari 2008.

Tepat tengah malam tadi, selepas 8 tahun dan kurang dari satu bulan beroperasi, portal itu telah ditutup.

Di www.themalaysianinsider.com, kelihatan laman web itu cuma memberikan satu respon bergambar pada pautan goodbye.html.

Sebelum ini, Ketua Pengarangnya, Jahabar Sadiq berkata, pemilik TMI – Edge Media Group – membuat keputusan menutup portal berita itu mulai tengah malam ini atas alasan perniagaan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang terus setia bersama TMI walaupun disekat oleh kerajaan.

Saya berharap kami dapat memberi perkhidmatan terbaik sejak dilancarkan 25 Februari 2008 lalu,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli