Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tujukan Kepada Sistem, Bukan Kepada Tun Mahathir


SHAH ALAM: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu jawapannya menafikan kenyataannya sebelum ini mengenai krisis perlembangaan yang berlaku pada tahun 1992 lalu ditujukan kepada Mantan Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian berikutakn ada pihak yang memutar belit kenyataannya itu dan mengingatkan supaya berhenti memutar belit fakta atau mengambil kenyataannya di luar konteks.

“Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin.

“Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup,” katanya.

Semalam melalui laman Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail yang baginda tidak akan luapa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992 dimana keluarga baginda dilayan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

BACA: "Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ

“Malah Bonda saya juga ditahan oleh Kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci.

“Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab," katanya.

Namun katanya, semua peristiwa itu adalah perkara lama yang tidak perlu ditangisi lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli