Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Janji Tidak Akan Ulanginya Lagi Ketika Di Stadium," - Datuk Vida


“SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itulah janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas aksinya sebelum ini di stadium dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan, lapor Sinar Harian.

Dr Hazmiza yang labih dikenali dengan panggilan Datuk Vida berkata, selepas teguran itu beliau telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang di mana katanya beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.

Semalam, Kevin telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.

Beliau meminta Datuk Vida  untuk mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.

Selain itum kata Kevin, Datuk Vida tidak boleh bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi, bahkan Datuk Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.

Menurut Kelvin, jika Datuk Vida melanggar peraturan lagi beliau mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal lagi.

Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu. - Siakapkeli.my



Aksi yang anda tidak dapat tonton di kaca tv...Live dari Stadium darul Aman#GomoGi
Posted by Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim on Friday, March 4, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli