Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Mungkin Pertimbang Bekerjasama Dengan PAS-IKATAN



KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat dilaporkan tidak membidas sikap dwi-standard Pas terhadap sekutu politik barunya iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan sementara pelaksanaan hukum hudud di negara ini, lapor Sinar Harian.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, terpulang kepada Pas untuk membuat sebarang pendirian berbeza berbanding ketika bersama PR sebelum ini.

"Itu hak dia, nak kata macam tu..(menangguhkan hudud)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Ikatan yang semalam menyebut bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam membentuk blok pembangkang ketiga itu di mana katanyanya walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Wan Azizah juga berkata, PKR tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju baharu itu dipersetujui bersama.

"Kita sama-sama hendak menentang kezaliman yang berlaku dalam kerajaan sekarang, jadi apa yang kita buat sekarang adalah untuk negara dan untuk rakyat.

"Kalau mereka ada kesamaan, boleh bekerjasama tetapi format itu saya kira perlu bincang bersama," ujarnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli