Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Peniaga Tidak Percayakan Tuhan Punca Harga Barang Naik" - Menteri


Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu jawapannya di dewan rakyat hari ini mendakwa bahawa harga barangan dan perkhidmatan cuma naik akibat mereka yang “tidak percaya kepada Tuhan."

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada wakil rakyat pembangkang Dr Tan Seng Giaw yang menyoal beliau samada kenaikan harga berada “di tangan Tuhan.”

“Saya nak beritahu Tuhan tidak pernah pun menyuruh sesiapa naikkan harga atau turunkan harga,” kata Hamzah kepada ahli parlimen Kepong itu.

“Yang masalahnya mereka yang tidak percaya dengan Tuhan yang selalu akan naikkan, yang percaya kepada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naik harga.” katanya dipetik laporan portal The Malay Mail.

Bercakapa kepada pemberita semasa diluar dewan, Hamzah berkata soalan Tan “tidak kelakar,” kerana kenyataan beliau tersebut disokong ayat al-Quran di dalam surah al’A’raf.

"Ini amat perlu supaya ada keseimbangan antara ekonomi dalam negeri dan kepenggunaan."

"Jangan biarkan pengguna berasa tertipu. Jika peniaga menaikkan kos barang ia adalah salah satu sebab pengguna tidak lagi memberi barangan mereka, jadi mereka yang akan menaggung akibatnya," kata Hamzah.

Putrajaya telah berulang kali menafikan mereka bertanggungjawab untuk kenaikan harga, terutamanya sejak diperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun lepas, dan kerap menyalahkan peniaga yang tidak beretika punca harga barang naik. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli