Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengawal Peribadi Disangka 'Datuk' Parah Dibedil


Sepang, 25 Mac - Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan berpangkat Datuk cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA.

Baca : Kes Tembakan di Sepang

Menurut laporan dari portal BH Online, pengawal peribadi yang dikenali sebagai Hazrat itu sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum dihalang oleh dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun, ahli perniagaan yang disasarkan oleh suspek menaiki kereta lain yang mengekori kereta Mercedes Benz dipandu oleh Hazrat.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan menuju ke terminal KLIA2.

Suspek dipercayai mensasarkan ahli perniagaan tersebut.

Hazrat yang cedera parah di bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.

Siasatan polis membawa kepada lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli