Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Gempar Ada Buaya Tembaga Tepi Parit

No Comment


KUANTAN, 19 Mac – Penduduk di Kampung Tanah Putih Feri gempar dengan kelibat seekor buaya tembaga yang berukuran hampir dua meter.

Buaya berkenaan dikatakan muncul di tebing parit kelmarin.

Seorang penduduk, Zabedah Md Derus, 63, berkata di bergegas ke lokasi setelah diberitahu anaknya tentang buaya itu.

Memandangkan keadaan rumah kami yang terletak di kawasan parit yang alirannya sampai ke Sungai Kuantan, tidak hairanlah jika ada buaya tersesat masuk.

“Sejak saya kecil lagi buaya memang selalu sesat ke kampung kami tapi kali ini pertama kali saya lihat buaya bersaiz besar,” katanya lapor Sinar Online.

Sementara itu, pengarah Perhilitan Kahiriah Mohd Sharif berkata pegawainya sudah dihantar ke lokasi bagi memantau keadaan sekeliling.

Biasanya kawasan seperti parit sememangnya habitat reptilia ini. Kami nasihatkan penduduk agar tidak mengganggu buaya itu kerana mungkin ia akan bertindak agresif sekiranya ada ancaman,”katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli