Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelancong Selinap Masuk Dalam Kawasan Penjara Untuk Bergambar Dengan Bunga



GUILIN, CHINA: Ramai kelibat pelancong di Selatan China sanggup untuk memanjat pagar tajam memasuki kawasan penjara semata-mata hanya untuk bergambar di sebuah padang dalam penjara yang dipenuhi bunga.

Memetik laporan People Daily Online, penjara yang terletak di bandar perlancongan Guilin itu kini dibanjiri pelawat yang sanggup memanjat pagar untuk masuk ke kawasan berkenaan.


Pengawal penjara berkenaan menganggarkan tahun ini sahaja sekitar 10,000 orang telah memanjat pagar untuk melawat tapak itu sehingga 20 Februari.

Menurut NetEase, pelancong dilihat memanjat dinding walaupun pengawal keselamatan cuba untuk menghalau mereka keluar dengan bantuan polis yang dipanggil untuk mengawal keadaan.

Terdapat juga penambahan pengawal keselamatan di pintu masuk dengan 10 orang dilihat berjaga di kawasan berkenaan.

Ada juga pelancong sanggup cuba merasuah pihak polis manakala ada yang mencadangkan agar pelancong dapat membeli tiket untuk masuk ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, pihak pengurusan penjara mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan itu, menurut mereka kawasan berkenaan adalah kawasan penjara dan bukannya lokasi tumpuan pelancong.

Kehadiaran pelancong-pelancong yang ramai di mana sanggup memanjat pagar ini telah menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap.

Menurut polis, kawasan berkenaan berkeluasan 50 ekar dan pokok berkenaan mula ditanam sekitar tahun 2006 dan menjadi popular setiap kali tiba musim bunga. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli