Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pas Penerbangan Tulis Tangan : Rayani Air Tampil Beri Penjelasan


PETALING JAYA, 22 Mac: Berikutan viral pas penerbangan yang hanya menggunakan tulisan tangan, pihak Rayani Air akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut Pengurus besar perhubungan awamnya, Anisah Azharuddin, perkara itu berlaku kerana sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan secara elektronik kerana masalah teknikal.

Ada penumpang yang mendaftar masuk selepas tengah malam (17 Mac) dan sistem tidak dapat mencetak pas menaiki pesawat kerana di dalam sistem, penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 17 Mac. Sebab itulah kami terpaksa mengeluarkan pas secara manual," katanya.

Anisah berkata pas menaiki pesawat bertulis tangan itu menggunakan pas menaiki pesawat kosong rasmi Rayani Air dan ia disahkan pihak berkuasa penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Kami menerima setiap komen secara positif untuk menambah baik operasi dan prosedur kami, bukan sahaja dari segi pematuhan Syariah, tetapi juga dari aspek operasi lain, termasuk teknikal dan perkhidmatan. Kami menghargai semua komen yang diberi dan menyambutnya dengan positif," kata beliau.

Pada Isnin lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan memeriksa dakwaan pas tulis tangan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

"Kita akan menyiasat mengapa mereka menggunakan pas bertulisan tangan sedangkan ia boleh dikeluarkan tanpa kertas dan orang ramai menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendaftar masuk.

"Kita perlu menyiasat kes ini kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan," kata Liow. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli