Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Papagomo Mengaku Bersalah Pukul Pekerja Warga Asing



KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, hari ini dijatuhi hukuman denda RM4,300 oleh mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyerang seorang buruh warga Pakistan dalam kejadian akhir Januari lalu.

Muhammad Azri yang turut dikenali dengan nama Papagomo membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Husna Dzulkifly setelah kesemua pertuduhan dibacakan.

Dalam pertuduhan pertama, Papagomo didakwa mencederakan mangsa dengan menampar pipi kiri mangsa.

Dalam pertuduhan kedua, dia didakwa menumbuk pipi kiri mangsa sehingga cedera dan ketiga, dia didakwa menendang kemaluan mangsa.

Muhammad Azri didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli