Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Melecur Terkena Kuah Tomyam Terima Ganti Rugi RM403,018.74


Kota Bharu, 29 Mac: Sebuah tadika diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM403,018.74 kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas didakwa cuai sehingga menyebabkan kanak-kanak itu melecur di beberapa bahagian anggota badan akibat terkena kuah tomyam.

Hakim, Adli Abd Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Nur Airish Daniesya Norizal.

Harian Metro melaporkan, Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi khas RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.

Plaintif, melalui ibunya, Nur Ashikin M Ariffin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM500,000 terhadap tadika itu menerusi Tetuan Rozma Baharin & Coselepas didakwa cuai sehingga plaintif yang ketika itu berusia tiga tahun mengalami kecederan dan menanggung kesakitan berpanjangan.

Dalam penyataan tuntutan tersebut, pada 10.13 pagi, 25 Ogos 2014 ibu kandung plaintif menerima panggilan dari defendan yang mengatakan plaintif cedera dan melecur akibat terkena sesuatu sebelum dia dimaklumkan oleh kakitangan tadika defendan bahawa plaintif terkena kuah masakan panas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli