Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wang Bertaburan di Tengah Jalan, Orang Ramai Hanya Buat Tak Tahu


SEOUL - KOREA SELATAN. Sangat mengejutkan apabila orang ramai yang lalu lalang hanya melihat sahaja wang yang bertaburan di sebuah jalan di Dataran Seoul.

Menurut laporan dari Sinar Online, wang-wang berjumlah  22 juta won (RM 75,814) itu dilemparkan oleh seorang wanita pada Isnin lalu.

Namun perbuatan wanita itu tidak sedikit pun menarik minat orang yang lalu lalang di situ untuk cuba mengambil wang terbabit.

Laporan dari The Korea Herald menyebut, seorang polis tempatan berkata wanita itu yang berusia 56 tahun melemparkan wangnya sedikit demi sedikit di dataran itu pada jam 5.00 petang.

"Orang ramai hanya menjadi pemerhati, mereka tidak cuba mengambil wang tersebut," katanya.

Polis juga berkata, wanita itu bertindakan sedemikian kerana ingin bersedekah kepada orang ramai selepas mengeluarkan wang sejumlah 42 juta won dari sebuah bank.

"Saya bimbang dengan wang ini akan menyebabkan bekas suami saya dan anak lelaki saya akan merebut wang itu nanti,"kata wanita itu kepada polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli