Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tegur Sikap VVIP Sampai Bawa Eskot Polis Hanya Untuk Makan Di Restoran Bersama Keluarga



Seorang lelaki semalam melalui laman Facebooknya Ameer Azhar Fadzilan telah berkongsikan sebuah kisah yang berlaku di depan matanya melibatkan seorang pegawai atasan kerajaan.

Menurut berliau, kejadian berlaku disebuah restoran makanan barat terkenaan, Me'nate Steak Hub cawangan Bandar Baru Bangi.

Apa yang mengecewakannya, kedatangan VVIP berkenaan hanya untuk makan bersama keluarga tetapi sehingga membawa polis eskot yang menutup jalan demi memudahkan VVIP berkenaan pergi ke restoran itu.

Jom baca kisah yang ditulis oleh beliau.

Ketika sedang makan malam di Me'nate, Bandar Baru Bangi, datang seorang ahli politik bersama keluarganya untuk makan malam di kedai yang sama.

Amat menyedihkan bila melihat kedatangannya diiringi oleh 5 anggota polis menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebuah kereta polis Volvo XC90 dan sebuah lagi kereta Proton Inspira.

Kehadiran mereka di kedai itu sangat kecoh dan jalan-jalan di situ terus disekat untuk memberikan laluan kepada ahli politik itu.

Saya tertanya-tanya, apakah keperluan menggunakan khidmat/sumber kerajaan untuk perkara peribadi atau keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi di malam Ahad? Biar betul?

Ada seorang menteri berkata bahawa, tindakan memotong dana biasiswa pendidikan adalah idea yang baik kerana ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta.

Namun, melihat apa yang berlaku di depan mata saya ini menunjukkan bahawa golongan ini masih membelanjakan wang rakyat secara tidak berpatutan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini membuatkan saya marah betapa tidak sensitifnya golongan ini.

Sewajarnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini, segala perbelanjaan yang tidak berpatutan sepatutnya dipotong. Tiada bahayanya memandu dari rumah ke restoran tanpa pengiring.

Tambahan pula, ketika dia masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambai pada semua orang, saya hanya memandangnya tetapi tiada rasa hormat sama sekali.

Jelas sekali Malaysia sedang mengundur ke belakang. Lupakan saja Wawasan 2020. Berdoalah untuk diri kita dan negara yang baik.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. zaman 2020 ilham dan inspirasi dari mantan TUN M, saya ingat dahulu dan berimaginasi bagaimana yea keadaan pada zaman tersebut.tetapi sekarang 4 tahun lagi kita akan melangkan ke zaman 2020 tetapi lihatla hasilnya sekarang kerajaan yang ada dan pemimpin yang diperintah sekarang? tepuk dada tanyala hati..#inikalilah

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli