Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3, Ditemui Mati Dengan Pakaian Wanita

No Comment

Subang Jaya, 9 Mac: Mayat seorang lelaki berpakaian wanita ditemui di kaki lima sebuah pangsapuran mewah di SS 19/1, disini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menuut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli, pihaknya menerima laporan dari orang awam yang memaklumkan ternampak seorang yang disangka perempuan terjatuh dari bangunan pangsapuri tersebut.

Lelaki tersebut dikatakan jatuh dari tingkat tiga di pangsapuri mewah itu.

"Pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki berusia 21 tahun berambut panjang dan lengkap berpakaian seperti wanita ditemui mati di tingkat bawah banggunan.

"Hasil pemeriksaan Unit Forensik mendapati terdapat kesan calar di badan dan darah di bahagian telinga dipercayai berlaku unsur jenayah.

"Polis turut menahan lelaki warga Kenya berusia 40 tahun di tingkat tiga banggunan berkenaan bagi membantu siasatan dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli