Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditahan Dipercayai Mengintai Dalam Tandas, Cuba Peluk Budak 11 Tahun

No Comment

Shah Alam, 22 Mac: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana menceroboh tandas perempuan di sebuah sekolah agama di Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, suspek ditahan oleh beberapa guru yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4 petang.

Menurut beliau lagi, suspek memasuki kawasan sekolah melalui longkang sebelum masuk ke tandas dipercayai untuk mengintai.

"Suspek juga cuba memeluk seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun namun tidak berjaya dan kejadian itu dimaklumkan pelajar terbabit kepada guru

"Disebabkan takut ditahan, suspek terus melarikan diri sebelum kembali semula untuk melakukan kesalahan sama beberapa jam kemudian dan akhirnya berjaya ditahan di kawasan sekolah," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli