Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bunuh Rakan Selepas Bertengkar Tentukan Messi Atau Ronaldo Lebih Hebat



INDIA - Seorang peminat bola sepak dituduh membunuh rakannya setelah berlaku pertelingkahan dalam menentukan siapa bintang bola sepak dunia yang lebih hebat.

Dalam kejadian yang berlaku di Mumbai itu kedua-dua sahabat baik itu bertelingkah sama ada Lionel Messi atau Christiano Ronaldo lebih hebat.

Tertuduh, seorang warga Nigeria dituduh menikam rakan senegaranya.

Inspektor Kiran Kabadi berkata, Michael Chukwuma, 21, dituduh kerana menyebabkan kematian Robina Durumchkuwu.

Siasatan polis mendapati suspek telah berkumpul untuk meraikan hari jadi mangsa sebelum pertelingkahan mengenai bintang bola sepak itu tercetas.

"Kedua-dua pemuda Nigeria itu berbincang mengenai pemain bola sepak, salah seorangnya adalah penyokong setia Ronaldo dan seorang lagi adalah Messi.

"Ketika perbualan berlaku perbalahan kecil sebelum mangsa didakwa membaling gelas ke arah muka suspek sebelum pecah dan menyebabkan luka kecil.

"Selepas itu suspek mengambil gelas pecah dan menikam mangsa yang mati kemudian akibat pendarahan berlebihan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli