Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing Ini Mempunyai Hobi Mencuri yang Pelik, Berikut Adalah Hasil Curiannya...

No Comment

AUCKLAND — Dengan muka yang 'innocent', tiada siapa sangka kucing ini sebenarnya seekor pencuri.

Tapi apa yang membuatkan kucing bernama Brigit ini pelik adalah kerana 'ketagihannya' mencuri seluar dalam dan stokin lelaki.

Menurut pemilik Brigit, Sarah Nathan, semuanya bermula pada enam bulan lepas.

Oleh kerana tidak tahan dengan apa yang Brigit lakukan, Sarah akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil foto kucing tersebut dan barang-barang hasil kegiatannya sebelum memuat naik ke laman sosial.

Betul-betul tidak masuk akal. Inilah hasil kegiatan Brigit dalam dua bulan terakhir. Kami bangun setiap pagi dan… pasti ada orang hilang pakaian peribadi mereka,” kata Sarah menerusi satu posting di Facebook.

Lebih aneh, kesemua pakaian dalam yang dicuri oleh kucing betina itu adalah pakaian dalam lelaki.



"Kesemuanya pakaian lelaki. Ia sangat-sangat pelik. Ia mempunyai citarasa yang sangat terperinci", kata Sarah.

Disebabkan perlakuan pelik kucingnya itu, Sarah terpaksa membuat permohonan maaf dan bertanya pemilik pakaian dalam yang dicuri itu dengan menghantar 'flyer' kepada jiran-jiran.

Namun tiada siapa yang mengaku.

Kini, Sarah terpaksa mendapatkan bantuan sebuah akhbar harian tempatan negara itu, The New Zealand Herald untuk merungkai misteri siapakah pemilik pakaian dalam tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli