Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Lelaki “Gila” Mampu Menyedarkan Mereka yang Waras dengan Laungan Azan


Melihat keadaan umat Islam sekarang, kita tahu berapa kerap sahaja yang ke masjid, atau surau-surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi sekiranya untuk solat Subuh yang mana ramai yang mengantuk dan sekadar solat di rumah walaupun ada juga antara mereka solat di rumah tetap berjemaah bersama keluarga.

Di sini terdapat satu kisah yang pihak Siakap Keli tidak dapat pastikan kesahihannya dan di mana ia berlaku. Bagaimanapun tidak ada apa-apa kerugian dikongsikan bersama memandangkan ia tidak mengundang sebarang keburukan bahkan mungkin membuatkan kita berfikir sejenak dan mengambil iktibar diatas kisah ini. — Siakapkeli.com

Berikut adalah kisah yang diceritakan di sebuah blog, Paling Seru

Suasana sebuah kampung tiba-tiba menjadi riuh rendah kerana pada jam 10 malam kedengaran azan di sebuah surau setempat menerusi pembesar suara memecah keheningan malam.

Pendudukan kampung lalu berduyun-duyun datang ke surau tersebut meskipun mereka sudah tahu siapa yang melakukannya.

Lelaki yang dikenali sebagai Mbha Sadi, suaranya itu sememangnya sudah dikenali di kampung itu dan umurnya sudah mencapai 70an.

Penduduk bagaimanapun menjadi tertanya-tanya, mengapa lelaki tersebut azan pada jam 10 malam?

Setibanya penduduk di pintu surau tersebut, lelaki itu baru selesai melaungkan azan dan menutup suis pembesar suara.

“Kamu tahu tak sekarang sudah pukul berapa?” tanya salah seorang penduduk kepada lelaki itu.

“Azan apa waktu-waktu macam ni?? Jangan-jangan kamu sudah ikut ajaran sesat” tambah seorang penduduk yang lain dengan nada yang perihatin.

“Dasar Mbah Sadi sudah gila, kalau tak gila takkan azam waktu camni” lagi dari penduduk yang lain.

“Kamu semua....” jawab lelaki itu dengan tenang.

“Tadi, masa saya azan Isyak, tidak seorang pun yang datang ke surau. Sekarang saya azan jam 10 malam, kamu semua datang berduyun-duyun ke surau, sekampung datang... Maka.. SIAPA YANG GILA??”

Penduduk-penduduk kampung pun pulang seorang demi seorang tanpa bantahan lagi.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli