Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pertama Maut Akibat Strok Haba


Segamat: Seorang pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas Allahyarham pitam pada majlis suai kenal kelmarin.

Menurut Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari oleh rakan-rakan pelatih ketika majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

"Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, arwah masih bujang dan berasal dari Tanjung Kling, Melaka.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halaman oleh keluarga terdekat untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstable lelaki yang didaftarkan diri ke PULAPOL di Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan pihaknya menerima pesakit dan punca kematian adalah akibat strok haba yang menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli