Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 3 Tahun Lemas Dalam Kereta, Ditemui Dalam Keadaan Kebiruan


Langkawi, 24 Mac: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut akibat lemas apabila terperangkap hampir sejam di dalam sebuah kereta di Kampung Kelibang di sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Asyraaf Abdullah ditemui dalam keadaan kebiruan oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu.

Selain dari penduduk kampung, pelancong asing juga turut memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa namun gagal sebelum dikejarkan ke Hospital Langkawi oleh ambulan.

Bagaimanapun, Muhammad Asyraaf telah disahkan meninggal dunia.

Portal Harian Metro melaporkan, mangsa keluar dari rumah tanpa disedari bapanya sebelum memasuki kereta Nissan Sunny yang sudah lama tidak digunakan kerana rosak.

Bagaimanapun, mangsa gagal keluar semula dari kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian, berkata, kes masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli