Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumpa Mayat Disumbat di Dalam Beg



Klang, 14 Mac: Satu mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di dalam sebuah beg pakaian di jalan Belimbig, Meru, di sini pagi tadi.

Sumber Harian Metro melaporkan, beg tersebut ditemui oleh seorang lelaki berusia 30 tahun di dalam parit kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurutnya juga, sepasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian namun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu.

"Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat bagi mengetahui identiti dan punca kematian," katanya.

Kira-kira pada pukul 11.30 pagi, pihak polis mendapat maklumat berhubung penemuan beg pakaian berisi mayat di dalam parit.

Saksi kejadian merupakan seorang petugas Pengawal Istana Negara tinggal di Jalan Kopi, Kampung Bukit Kapar yang terletak 300 meter dari tempat penemuan beg pakaian itu,”kata sumber Kosmo! pula. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli