Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Ashman & Zouk : "Mana Mungkin Ashman Boleh Memaksa Sesiapa" - Rizal Mansor



PETALING JAYA : Berikutan isu di Zouk Singapura yang membabitkan anak perdana menteri, Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan bahawa Norashman Najib(Ashman) memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.

Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk itu.

Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.

Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.

Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi Facbeook.

Rizal juga berkata, Ashman tidakpernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jempuan oleh Zouk bagi membuat persembahan penutup.

Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa,” katanya.

Zouk Singapura sebelum ini didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay dari Mesir supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan. Bagaimanapun, Zouk menafikan perkara tersebut.

Satu video yang memaparkan kejadian dimuat naik di media sosial dan viral. - Siakapkeli.my


Atas minat dan kebolehan Ashman untuk bermain muzik genre yang diminati anak muda kini, dia dijemput oleh pihak...
Posted by Rizal Mansor on Monday, 7 March 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli