Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Internet Lembab, Kerosakan Kabel Dasar Laut Pulih 31 Mac Ini


KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari ini ramai pengguna internet Streamyx dan Unifi yang ditawarkan oleh pihak Telekom Malaysia merungut kerana kelajuan internet yang teruk.

Ianya terjadi berikutkan kerosakan yang berlaku pada kabel dasar laut yang rosak menyebabkan capaian internet ke Amerika Syarikat dan Asia Utara.

Memetik laporan Projek MMO, pihak TM hari ini telah tampil mengesahkan masalah berkenaan dan memberitahu bahawa masalah tersebut akan pulih menjelang hujung bulan ini.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi itu, ahli konsortium mereka telah mengesan kerosakan di Kabel Ekspres Dasar Laut Asia (ASE) di pinggiran Singapura, yang menjejaskan kabel dasar laut Cahaya Malaysia yang menghubungkan Asia Utara dan Amerika Syarikat (AS).

Cahaya Malaysia yang dimiliki oleh TM merupakan dua daripada enam kabel dalam ASE.

“Kerja pemulihan memerlukan usaha bersama kesemua ahli konsortium, dan dijadualkan bermula 25 Mac dan selesai pada 31 Mac 2016,” kata TM di laman web mereka.

Namun, menurut TM kerja tersebut tertakluk kepada keadaan cuaca dan laut, dan sebarang cabaran yang akan dihadapi di masa hadapan.

“Semasa tempoh ini, pengguna Internet mungkin mengalami kemerosotan perkhidmatan seperti pelayaran yang lambat dan kelembapan yang tinggi semasa melayari laman web antarabangsa terutamanya yang berpusat di AS, Asia Utara dan Eropa.”

“Pelanggan yang menggunakan Jaringan Peribadi Virtual (VPN) dan aplikasi perniagaan kritikal yang bersambung ke AS, Asia Utara dan Eropah juga mungkin mengalami kemerosotan perkhidmatan," jelas TM.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh ke laman facebook Everyone Connects atau Twitter  @TMConnects.

Selain itu, pihak TM melalui laman Facebook Everyone Connects mengesahkan tiada rebat aau penyelarasan diberikan kepada pengguna untuk isu kerosakan major yang berlaku ini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli