Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Henti Kecam Peserta Clever Girl - Penerbit



KUALA LUMPUR, 21 Mac: Penerbit Clever Girl Malaysia meminta orang ramai agar berhenti dari mengecam peserta rancangan itu yang dianggap kurang bijak ketika menjawab soalan yang diajukan kepada mereka di dalam program tersebut.



Menurut Shazreena Kassim, kesemua peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ yang sangat tinggi tapi rasa gemuruh ketika menjawab soalan membuatkan sesetengahnya gugup.

"Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula.

"Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Pada episod pertama, peserta yang mewakili Johor, Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor menerima kecaman dan sindiran dari netizen apabila gagal membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi.

Peserta yang mewakili Selangor pula, Arina mohd Fairin yang gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia.

Pada episod kedua pula, kebanyakan peserta memberi jawapan 3 kepada satu iaitu "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok". Pihak produksi mendapat kecaman hebat apabila jawapan itu disahkan betul oleh pengacara rancangan itu, Alif Satar.

Jawapan yang sebenar untuk soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Disebabkan itu, netizen beranggapan bahawa pihak produksi tidak mengambil iktibar dari kontroversi pada minggu pertama.

Shazreena berkata, walaupun menerima pelbagai komen sama ada baik mahupun sebaliknya, program itu menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter.

"Saya tahu pihak kami perlu mengambil setiap kesilapan sebagai pengajaran agar dapat diperbaiki pada episod seterusnya. Saya juga yakin, Clever Girl Malaysia akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa," ujarnya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli