Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harap Dr. Vida Pertimbang Semula Cadangan Bina Hotel



KOTA BHARU, 6 Mac – Kerajaan negeri berharap agar Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman menimbang semula cadangan untuk membina hotel di kawasan pembangunan stadium di Bukit Merbau dekat sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mamood, banyak faktor yang perlu diteliti berkaitan lokasi cadangan pembinaan hotel tersebut.

Menurut beliau, cadangan itu perlu dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Ahmad Yakob terlebih dahulu dan ia perlu menitik beratkan beberapa faktor termasuk kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

"Cuma kita harap dia (Datuk Seri Vida) menimbang tawaran saya untuk membangunkan tanah kerajaan seluas 109.3 hektar di Bukit Merbau. Saya juga sedang berbincang dengan dua syarikat lain untuk membangunkan stadium serta kawasan sekitarnya.

"Tanah yang diperlukan untuk pembinaan stadium adalah seluas 20.2 hingga 28.3 hektar sahaja dan baki 80.9 hektar boleh digunakan untuk pembangunan sekitar," katanya sebagaiman lapor Sinar Online.

Tambah beliau lagi, skerajaan negeri sangat berbesar hati jika Dr. Vida bersetuju membangunkan kawasan berkenaan terutamanya membina kilang kosmetik dan pakaian sukan.

"Ini masa yang sangat sesuai kerana dua syarikat terbabit juga tertarik untuk membangunkan kawasan berkenaan. Kita mahu bangunkan Bukit Merbau sebagai bandar sukan.

"Sebagaimana yang saya sebut dalam sidang Dun baru-baru ini, pembangunan lebuh raya sedang berjalan dan dalam masa tiga tahun, perjalanan ke Bukit Merbau dari Kota Bharu akan jadi dekat," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli