Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Sekumpulan Pemandu Teksi Buat Mogok di Jalan Bukit Bintang



Kuala Lumpur, 29 Mac: Sekumpulan pemandu teksi hari ini berkumpul di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan Uber dan Grab Car.

Protes yang diadakan di Jalan Bukit Bintang berhadapan Hotel Grand Millennium dan berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion itu mengakibatkan kesesakan teruk.

Bantahan tersebut bermula pada 11 pagi dan dibuat oleh puluhan pemandu teksi yang sengaja menutup Jalan Bukit Bintang, lapor mStar Online.

Laporan The Star Online pula menyebut pihak polis mengadakan pertemua dengan ketua kumpulan tersebut dan menasihatkan mereka supaya bersurai.

Antara yang ditahan polis adalah Timbalan Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain.

"Kami di sana bagi membantah Uber dan GrabCar," kata Kamaruddin kepada The Star menerusi telefon semasa beliau dibawa polis.

Kamaruddin berkata, beliau bukan penganjur protes tetapi berada di sana bagi menyokong perhimpunan itu.

Beliau berkata, tiga lagi pemandu teksi turut ditahan.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, mereka menyedari mengenai isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan media.









Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli